Wednesday, October 31, 2007

"Malaysia rise up !!"

Country profile: Malaysia
Map of Malaysia
Malaysia boasts one of south-east Asia's most vibrant economies, the fruit of decades of industrial growth and political stability.

Its multi-ethnic, multi-religious society encompasses a majority Muslim population in most of its states and an economically-powerful Chinese community.

Consisting of two regions separated by some 640 miles of the South China Sea, Malaysia is a federation of 13 states and three federal territories.

It is one of the region's key tourist destinations, offering excellent beaches and brilliant scenery. Dense rainforests in the eastern states of Sarawak and Sabah, on the island of Borneo, are a refuge for wildlife and tribal traditions.

Downtown area and Petronas towers, Kuala Lumpur
Malaysia made the transformation from a farm-based economy
Ethnic Malays comprise some 60% of the population. Chinese constitute around 26%; Indians and indigenous peoples make up the rest. The communities coexist in relative harmony, although there is little racial interaction.

Although since 1971 Malays have benefited from positive discrimination in business, education and the civil service, ethnic Chinese continue to hold economic power and are the wealthiest community. The Malays remain the dominant group in politics while the Indians are among the poorest.

Malaysia's economic prospects remain healthy, although it faces fierce competition from its neighbours, and from China and India.

Free trade talks were opened with the US, but the US has said it will not be able to conclude a deal in 2007 as the two sides failed to meet a deadline to secure a deal before President George W Bush's fast-track trade authority expired in June.

The country is among the world's biggest producers of computer disk drives, palm oil, rubber and timber. It has a state-owned car maker, Proton, and tourism has considerable room for expansion.

But it also faces serious challenges - politically, in the form of sustaining stability in the face of religious differences and the ethnic wealth gap, and, environmentally, in preserving its valuable forests.

Malaysia's human rights record has come in for international criticism. Internal security laws allow suspects to be detained without charge or trial.

Tidak ada kesedaran punca lambakan komputer lama

Oleh Afiq Hanifmafiq@hmetro.com.my
MEMANG menjadi sifat manusia, sentiasa inginkan barang baru untuk dilengkapkan tidak ketinggalan produk berasaskan komputer apalagi ia berubah mengikut perkembangan semasa dan gaya dunia.Apabila bercakap mengenai komputer, tidak ramai individu yang menghiraukan komponennya termasuk monitor dan unit pemprosesan pusat (CPU) apabila ia menjangkau usia tertentu menyebabkannya terus dibuang jika diganti dengan produk baru.Sebaik memiliki model baru, pengguna hanya mencampakkan komputer lama ke dalam tong sampah depan rumah atau mengumpulkannya dalam ruang simpanan barang tanpa memikirkan berpuluh-puluh komponen yang boleh dikitar semula.Kebanyakan rakyat Malaysia menukar komputer tiga hingga lima tahun. Jika terdapat satu komputer dalam satu keluarga seramai lima orang, jumlahnya ialah 5.4 juta!
Bayangkan jumlah itu dilonggok begitu saja di tempat pembuangan sampah? ia pasti merugikan apatah lagi masih terdapat komponen yang boleh dikeluarkan untuk digunakan sebaik mungkin.
Tambahan pula, pencemaran alam sekitar pasti berlaku kerana terdapat bahan toksik terkandung dalam komputer boleh meresap ke tanah sehingga mengganggu punca air yang diminum setiap hari jika tidak dikawal.Tiub aliran katod dalam monitor memiliki toksid mengandungi plumbum, raksa dan kadmium (logam seperti timah yang lembut dan berwarna perak).Di California, tiub diisytiharkan sebagai bahan berbahaya yang menjadikan pembuangannya menjadi lebih sukar kerana ia kini tidak lagi dibenarkan ditanam.Sikap malas menjadi punca utama mengapa komputer tidak dikitar semula apatah lagi ganjaran yang terhasil apabila menukarkan komputer lama tidak menguntungkan.Mentaliti seperti ini harus dikikis memandangkan sikap sebegini menyumbang sebahagian pembaziran bahan mentah yang menimbun setiap hari di pusat pelupusan sampah.Jika diperhati dengan teliti, bahan terkandung pasti menghasilkan banyak barangan terpakai atau baru yang mempunyai nilai sekurang-kurangnya mengurangkan pencemaran alam berleluasa kini.Contoh komponen yang boleh dikitar semula:* Plumbum pada tiub sinar katod dan pateri* Arsenik pada tiub sinar katod lama* Selenium pada papan litar sebagai pembekal tenaga* Perencat nyala polibrominan pada selongsong plastik, kabel dan papan litar* Stibium trioksida* Cadmium pada papan litar dan semikonduktor* Kromium pada keluli sebagai pencegah hakisan* Kobalt pada keluli bagi struktur dan kemagnetan dan raksa pada suis serta pembalutBahan seperti ini akan terbuang begitu saja malah mencemarkan alam sekitar dengan prosesnya menghasilkan sisa toksik berbahaya kepada nyawa manusia.Sesungguhnya bahan berbahaya daripada pembuangan komputer berlaku melalui penyerapan logam berat ke dalam air bawah tanah dan pengeluaran asap yang beracun ke udara.Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sejumlah 50 juta tan bahan komponen komputer dibuang setiap tahun.Ia satu jumlah yang menakutkan apatah lagi pencemaran mampu menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser jika tidak ditangani dengan bijak oleh manusia.Kajian juga menunjukkan sejumlah 300 juta PC bakal bertaburan menjadi bahan buangan menjelang 2010 akibat kekurangan ruang untuk melupuskan bahan pepejal itu.Usaha dilakukan bukan tertumpu kepada individu saja, organisasi besar harus mengambil langkah proaktif mengitar semula komputer pada kuantiti banyak.Enam tahun lalu, Hewlett Packard (HP) sendiri melaksanakan program kitar semula membabitkan produk PC dan elektronik lain yang mengandungi bahan kimia toksid di kilangnya, Roseville.Program kitar semula HP satu daripada usaha untuk mengatasi berjuta produk elektronik yang tersimpan di gudang atau stor disebabkan tidak dapat dibuang begitu saja tanpa mengikut prosedur ditetapkan.HP akan mengenal pasti PC yang masih boleh dipakai dan kemudian dibaiki untuk dijual semula manakala PC tidak boleh dibaiki akan diambil alat gantinya sebelum ia dimusnahkan sepenuhnya.Besi pada PC akan dihancurkan dan plastik dikecil termasuk debunya sekali akan dileburkan untuk menjadi tenaga. Setiap komponen PC akan dihantar ke bahagian yang dapat diguna semula bagi memastikan tiada yang akan ditanam.Sementara itu, syarikat swasta juga tidak ketinggalan mewujudkan peluang kepada orang ramai untuk mengitar semula PC atau laptop mereka bagi diguna pakai golongan yang inginkan harga murah.Antara syarikat bertanggungjawab mengitar semula PC dan komputer terpakai termasuk Apex Computer Services Sdn Bhd yang beroperasi sejak 2004. Pengarah Urusannya, Hafiz Hashemi Johaini, berkata syarikatnya mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan agar kempen kitar semula berjaya selain menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar.“Produk komputer tidak seharusnya dibuang begitu saja, ia mampu diguna pakai untuk kegunaan orang yang memerlukan seperti golongan yang berpendapatan rendah,” katanya.Menurutnya, golongan seperti pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan ibu bapa yang kurang mampu membelikan PC untuk anak mereka boleh manfaat hasil daripada barangan yang dianggap tidak berguna itu.“Tak perlu buang. Apa salahnya jual saja untuk dikitar semula bagi manfaat lain, malah kita mampu mendapat hasil daripada komputer terpakai,” katanya.“Perniagaan saya dapat membantu usaha kerajaan menerusi program kitar semula. Daripada komputer lama dan rosak dibuang dan dilupuskan begitu saja, lebih baik dijual. Kami akan baiki dan jual semula dengan harga murah,” katanya.Katanya, komputer terpakai akan dibaik pulih dan jika ada komponen yang tidak boleh digunakan lagi akan dikitar semula untuk menjadi bahan berguna lain.Tambahnya, pihak swasta seperti sektor perbankan contoh terbaik organisasi yang melupuskan komputer lama secara sistematik.“Mereka (pihak bank) memberikan kerjasama baik dalam mengitar semula komputer terpakai. Kesedaran seperti itu perlu ditingkatkan,” kata Hafiz.Monitor yang tidak mahu digunakan lagi pula boleh dijadikan diskaun untuk mendapatkan model baru di kedai Apex di Gombak, Shah Alam, Kajang dan Melaka.“Kami menawarkan servis pelupusan, penjualan komputer serta laptop terpakai pada harga rendah dan membeli PC lama dengan harga berpatutan,” katanya yang juga mempunyai kilang pelupusan di Bukit Kemuning, Shah Alam.Baru-baru ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menimbang mewujudkan memberi insentif bagi mengatasi masalah sisa buangan elektronik atau e-waste melalui mekanisme yang dirangka.Timbalan Menterinya, Datuk S Sothinathan, berkata soal pemberian insentif dibincangkan pada mesyuarat kementerian tiga bulan lalu bagi mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya mengatasi buangan elektronik yang memberi kesan buruk ke atas alam sekitar.Menurutnya, telefon bimbit dan bateri terpakai, peralatan komputer serta bahan lain adalah buangan terjadual yang jika tidak dilupus dengan sempurna boleh mencemarkan alam sekitar, terutama kepada tanah dan sistem air bawah tanah.Pada 2005, Alam Flora Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) melaksanakan kempen kitar semula.Hasil sepanjang enam bulan itu menyaksikan sebanyak 1,424 barangan komputer yang terdiri daripada 443 monitor, 378 unit pemerosesan pusat (CPU), 555 pencetak dan 48 aksesori termasuk tetikus, papan kekunci dan cakera keras dikutip oleh 36 pusat kitar semula Alam Flora.Kelebihan kitar semula komputer lama mampu mendatangkan hasil walaupun tidak lumayan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu golongan lain lebih memerlukan.Adakah kita mahu planet dan bumi Malaysia tercemar hanya kerana sikap tidak mengambil berat dan tak kisah terus menjadi musuh yang menyebabkan kehancuran diri kita sendiri?

"Behind Pollution"

Water Service 'behind pollution'
Trout
The service was blamed for a major fish kill
The Water Service in Northern Ireland has caused more than 1,500 pollution incidents in the five years to 2005 - almost one a day.

The figures were revealed under the Freedom of Information Act following a request from BBC Radio Foyle.

The incidents of pollution include a major fish kill on the River Roe near Limavady last July.

However, Jack McFarland, regional manager with the Water Service, said most incidents were of a minor nature.

He said the Water Service was third highest when it came to pollution, with industry second and farming at the top of the list.

"These are figures we are not very proud of," he told the BBC.

"We have hundreds of pumping stations, hundreds of sewerage works. Not everything works exactly to plan, as we would wish. We do have failures and we are not proud of them.

"But in fairness they are not causing any great degree of pollution; it is manageable."

Water jug
A new water company will be formed in April

The Department of Regional Development confirmed that the Water Service caused 1,527 pollution incidents between 2000 and 2005.

These included waterways being polluted with raw sewage.

The Church Brae Burn near Derry was found to be "grey with fungus" and "septic" for six weeks last summer.

Mr McFarland said in the north-west area over the last five years there were 291 incidents, with only one of those deemed high, 5-6% deemed medium and the others low.

"The impact on the environment from our activities has been very low," he said.

"The quality of our infrastructure in some areas would probably be the major cause.

"Most of our sewerage depends a lot on pumping stations. We have power failures... but they don't last for long.

"But it's long enough for a sump to build up and maybe start to overflow - that in itself will create an incident. We do have pump failure and of course there are times when we do get things wrong ourselves."

Currently the Water Service is not prosecuted over such incidents, but Mr McFarland said Crown immunity would cease after it becomes Northern Ireland Water Ltd in April.

Menanti Olimpik 2008

Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (Yang melawat Beijing, China, baru-baru ini)
DAPAT difahami kegembiraan China semasa ia diumumkan berjaya menjadi tuan rumah kepada penganjuran Sukan Olimpik 2008.
Pengumuman yang dibuat oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Juan Antonio Samaranch di Moscow pada 14 Julai 2001 itu segera disambut dengan sorakan, nyanyian dan pesta oleh sebahagian besar penduduk China.
China sebenarnya telah lama mengidamkan untuk diberikan tugas sebegitu, menjadi tuan rumah Sukan Olimpik memandangkan ia percaya kepada keupayaannya sendiri.
Turut berusaha memenangi hati anggota IOC bersama-sama Beijing untuk penganjuran Olimpik 2008 ialah Toronto (Kanada), Paris (Perancis), Istanbul (Turki) dan Osaka (Jepun). China pernah tewas dua undi kepada Sydney bagi penganjuran Sukan Olimpik 2000.
Menganjurkan sukan sebegitu hebat seperti Olimpik tentulah memberi makna yang besar dari segi martabat, ekonomi dan prestij, apalagi buat China yang mempunyai 1.2 bilion penduduk dan sering dikritik kerana rekod hitam hak asasinya.
Kita di Malaysia sendiri sudah merasai betapa kesan positif yang dibawa oleh Sukan Komanwel 1998 dari segi pembinaan bangsa dan negara.
China yang kini menerima pelaburan asing terbesar di dunia diramalkan lambat- laun akan menjadi kuasa besar ekonomi. Olimpik 2008 pasti akan menjadi pemangkin untuk mencapai matlamat berkenaan.
Dalam pada itu, di kalangan negara Asia, China belum pernah menjadi tuan rumah bagi Olimpik moden sejak ia diperkenalkan pada 1896. Sejarahnya, Olimpik dua kali diadakan di Asia, di Tokyo pada 1964 dan Seoul pada tahun 1998. Kini, peristiwa meraikan kegembiraan mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik 2008 itu telah lama berlalu. Malahan, tuan rumah kepada sukan Olimpik 2012 telah pun diketahui, diserahkan kepada London.
Tinggal kurang daripada setahun sahaja lagi dari sekarang, China akan menunjukkan kepada dunia bahawa ia benar-benar boleh menganjurkan sukan paling berprestij di dunia itu. Kesediaan Beijing dapat dilihat dari segi fizikal, semangat dan teruja warga-warga di negara tersebut.
Berkesempatan melawat Beijing baru-baru ini, penulis dapat melihat bahawa ibu kota negara China, yang dulunya dikenali sebagai Peking itu benar-benar komited untuk memberikan ‘sesuatu’ kepada dunia semasa penganjuran itu nanti.
Sukan Olimpik 2008 bertemakan Satu Dunia, Satu Impian (One World, One Dream) akan diadakan di Beijing bermula 8 Ogos 2008.
‘‘Sebelum ini, pihak kerajaan berjanji bahawa semasa Sukan Olimpik 2008, di Beijing nanti tidak akan dilitupi asap atau kesesakan lalu lintas.
‘‘Usaha ke arah itu telah dilakukan,’’ kata Liu Qi, Setiausaha Parti Komunis Beijing, seperti yang dipetik oleh majalah bulanan dwibahasa, Beijing Time.
Kata beliau, yang juga merupakan Datuk Bandar Beijing, pembinaan lebih banyak jalan, laluan kereta api bawah tanah merupakan antara persiapan untuk mengatasi masalah kesesakan sekali gus persediaan menghadapi temasya itu.
Beijing juga kelihatannya memulakan langkah dengan baik dalam usaha memperbaiki kualiti udara sejak beberapa tahun lalu dan situasi itu bertambah baik dari semasa ke semasa.
Dalam hal ini, Zhou Rong dari Institut Alam Sekitar dan Pencemaran berkata, dengan jumlah pemilik kereta terus bertambah di bandar raya yang mempunyai 15 juta penduduk, beberapa langkah lain juga perlu diambil untuk memperbaiki kualiti udara. Bilangan penduduk sejumlah 15 juta orang menjadikan Beijing sebagai tempat kedua terpadat di China selepas bandar raya Shanghai.
Tambahnya, sebanyak 9,000 kawasan pembinaan Beijing diarahkan oleh kerajaan agar menutup kawasan-kawasan berpasir dan berdebu bagi mengelak ia mencemari ruang udara.
‘‘Pada masa sama, syarikat pembinaan yang mempunyai kadar pencemaran alam sekitar paling tinggi seperti kilang besi Beijing Shougang telah dipindahkan daripada bandar raya itu.

“Semuanya adalah menjadi sebahagian persediaan Beijing menganjurkan Sukan Olimpik,’’ katanya seperti dipetik dalam temu bual siaran langsung program Dialogue di China Central Television Corporation (CCTV) baru-baru ini.
China akan menyambut hampir 500,000 pelawat asing dan sejuta penduduk tempatan sewaktu berlangsungnya temasya itu, menurut anggaran kerajaan.
Sementara itu, dalam Newsweek bagi edaran bertarikh 13 Ogos, majalah mingguan itu turut menyiarkan betapa kerajaan China berhabis untuk program menghijaukan bandar raya Beijing demi Olimpik 2008.
Laporan oleh Melinda Liu itu menyebut bahawa sebanyak 12 bilion yuan diperuntukkan untuk mengindahkan kawasan perumahan, taman dan perbandaran, tidak ketinggalan memberi ‘sinar terang’ kepada lampu-lampu serta meletakkan pokok-pokok.
Dan, semasa di Beijing baru-baru ini, dapat dilihat bahawa ibu kota China itu seolah-olah bertukar wajah.
Keadaan persekitarannya bersih. Pokok-pokok dibiarkan tumbuh tinggi memberi teduh tetapi dijaga daun-daunnya agar tidak menjadi longgokan sampah.
Tidak kelihatan sampah sarap atau pemandangan mencacatkan imej terdapat di tempat-tempat tumpuan pelancong seperti Dataran Tiananmen, Tembok Besar China, Summer Palace dan Forbidden City.
Di kalangan warganya pula, mereka kelihatan lebih berdisiplin di mana penulis tidak terserempak dengan adegan ‘tipikal’ penduduk China iaitu meludah merata-rata tempat.
Pendek kata, panorama Beijing kelihatan indah, menarik dan harmoni, tidak ketinggalan meriah di sana sini dengan logo Olimpik – lima bulatan warna biru, hitam, kuning, hijau dan merah.
Turut menggambarkan keterujaan Beijing mengalu-alukan Olimpik 2008 ialah betapa kempen pemasarannya begitu rancak sekali.
Dapat dilihat di mana-mana – daripada kedai biasa sehingga di hotel-hotel, tempat tumpuan pelancongan, cenderahati memaparkan maskot Olimpik 2008– Bei Bei, Jing Jing, Huan Huan, Ying Ying dan Ni Ni dijual kepada umum.
Cenderahati seperti rangkaian kunci, kemeja T, topi dan pin laris dijual dan mendapat permintaan tinggi.
Logiknya pula, pemasaran untuk barangan Olimpik 2008 itu bakal meraih untung berjuta-juta dolar.
Laporan sebelum ini memetik IOC sebagai menjangkakan Beijing mampu mengatasi rekod keuntungan yang dicatatkan oleh Los Angeles ketika menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1984 iaitu AS$220 (RM831.6 juta).
Dalam pada itu, tinjauan ke stadium utama, dikenali sebagai National Stadium di Beichen Road mendapati, kerja-kerja pembinaan masih dijalankan dan tidak dibuka kepada awam.
Stadium itu nanti berupaya menempatkan seramai 90,000 pengunjung.
Di kalangan warganya sendiri, James Wang Li, seorang pemandu pelancong, mengakui sangat teruja menantikan Olimpik 2008.
‘‘Pelancong yang saya bawa rata-rata bertanya pandangan saya mengenainya. Jawab saya, Beijing ternanti-nanti dan sangat gembira menunggu detik itu.’’

Keselamatan Alam Sekitar

TINDAKAN kerajaan mengumumkan perubahan mengetatkan kadar hukuman ke atas kesalahan pencemaran toksik dan meletakkan pengawalan yang ketat di pintu-pintu sempadan Malaysia adalah satu pendekatan yang mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam usaha menghadapi ancaman keselamatan bentuk baru.
Terma ‘masalah alam dan sekitar’ dahulunya sering kali dirujuk kepada masalah-masalah pencemaran, pembuangan sampah, pencemaran sungai dan sebagainya.
Namun kita tidak sedar bahawa terma ‘alam dan sekitar’ ini adalah konsep yang merangkumi manusia, alam sekeliling dan aktiviti ketamadunan.
Terma ini secara langsung membawa kepada penjelasan bahawa konsep keselamatan alam sekitar merangkumi melindungi manusia dan alam yang didiami daripada ancaman dan bahaya.
Dengan perkataan lain, konsep keselamatan alam sekitar tidak lagi tertumpu kepada isu-isu pencemaran tetapi juga ia turut merangkumi bencana alam, kepupusan sumber, penebangan hutan secara tidak terkawal, kestabilan ekonomi, jenayah rentasi sempadan, pemberontakan, penyakit dan sebagainya.
Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, isu-isu ini telah diutamakan sebagai elemen dalam keselamatan negara.
Bencana alam yang mampu meragut kestabilan ekonomi, tamadun dan nyawa, kepupusan sumber yang mampu membawa kepada pencetusan konflik antara negara, kegiatan jenayah merentasi sempadan yang menggugat keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara merupakan contoh kemampuan isu-isu ini menggugat kestabilan dan keselamatan negara yang dikategorikan sebagai isu bukan tradisional.
Realitinya keperihatinan kerajaan terhadap masalah alam sekitar bukanlah pendekatan yang sia-sia, sebaliknya kita perlu sedar ia adalah pendekatan yang sama sepertimana yang telah diambil oleh negara-negara maju terhadap isu-isu bukan tradisional.
Dengan kata lain, Malaysia pada ketika ini telah mula mengorak langkah memperkukuhkan konsep keselamatan negara seiring dengan pendekatan negara-negara maju dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara.
Tindakan kerajaan yang mengetatkan kawalan di pintu-pintu sempadan negara adalah usaha untuk mengatasi cabang-cabang isu bukan tradisional seperti jenayah merentasi sempadan, pencerobohan, pendatang tanpa izin, penyeludupan, dadah, penyakit, jenayah awam dan sebagainya.
Usaha ini bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan rakyat dan negara dapat dikekalkan dan diperkukuhkan.
Pencemaran
Teguran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyentuh mengenai masalah pencemaran alam sekitar di Malaysia melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu alam sekitar yang semakin lama dilihat akan menggugat keselamatan rakyat dan negara.
Kita dapat lihat dengan jelas pendedahan-pendedahan oleh media massa terhadap isu-isu keselamatan alam sekitar yang pada ketika ini telah menjadi sebagai cabaran besar kepada negara.
Apa yang menyedihkan ialah keprihatinan kerajaan dan pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh media massa terhadap isu alam sekitar tidak dijadikan sebagai teladan dan pengajaran, sedangkan isu-isu ini yang menggugat keselamatan rakyat dan negara.
Di negara-negara maju, masalah alam sekitar merupakan salah satu komponen keselamatan negara dan ia bukan lagi dianggap sebagai isu keselamatan ‘remeh- temeh’.
Sebaliknya isu-isu ini dilihat sebagai masalah yang mampu mengancam kestabilan, keselamatan dan kedaulatan negara. Konsep keselamatan alam sekitar sebenarnya merupakan konsep yang berkembang seiring dengan perkembangan ancaman-ancaman terhadap sesebuah negara.
Ketika era Perang Dingin (1945-1991) masalah alam sekitar merupakan ‘topik’ yang tidak mendapat perhatian masyarakat dunia.
Namun keruntuhan persaingan kuasa Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat pada tahun 1991, dunia global mula memperkembangkan konsep keselamatan negara yang mana ia turut melibatkan ancaman-ancaman bukan tradisional.
Tamatnya persaingan kuasa di peringkat antarabangsa telah mempengaruhi negara dunia termasuk Malaysia untuk melihat dan menilai semula konsep keselamatan negara.
Justeru, masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran, penyakit (AIDS, JE, SARS, dan lain-lain), penebangan hutan, ekonomi, jerebu, bencana alam, kekurangan sumber, perebutan sumber dan sebagainya telah dilihat mampu mengancam keselamatan negara. Bagaimana isu-isu ini mampu menggugat keselamatan negara?
Sebagai contoh masalah sumber air yang pernah dianggap sebagai isu ‘remeh-temeh’ terbukti mampu membawa sesebuah negara ke kancah peperangan.
Perebutan sumber air Sungai Tigris dan Eupharates pernah membawa Iraq, Turki dan Syria menghadapi konflik. Sungai Nil yang merupakan nadi bagi Timur Tengah dan Afrika pernah mencetuskan konflik antara Mesir, Habsyah dan Sudan.
Manakala di Malaysia, isu air yang melibatkan Kuala Lumpur-Singapura pernah membawa kedua-dua negara ke kancah ketegangan dan risiko konflik antara negara.
Masalah jerebu yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997, 2003 dan 2006 yang berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di wilayah Indonesia telah menjadi isu yang menggugat keselamatan negara serantau khususnya Malaysia yang terpaksa menanggung kos dan kerugian yang besar bagi menghadapi masalah alam sekitar iaitu jerebu.
Ia jelas memperlihatkan kedaulatan dan keselamatan negara tercabar dengan ancaman isu-isu bukan tradisional.
Malah isu-isu ini sekiranya tidak ditangani, ia akan mencabar kedaulatan dan meletakkan negara dalam risiko menghadapi ancaman keselamatan.
Perluasan konsep ancaman keselamatan negara yang melibatkan isu-isu bukan tradisional telah meletakkan Malaysia di landasan kestabilan dan jaminan keselamatan.
Isu-isu bukan tradisional ini perlu diperjelaskan dan disebarkan kepada rakyat dengan secara meluas sebagai elemen yang mampu mengganggu gugat keselamatan negara.
– MOHAMAD FAISOL KELING,
Fakulti Pengajian Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia.

Tuesday, October 23, 2007

To Nature's Rescue

Tuesday October 23, 2007

By TAN CHENG LI
chengli@thestar.com.my
Malaysians from various walks of life share their ideas on saving the world.
WHAT would you do if you were in the seat of power, with clout to influence the state of our environment? What would you do if you were the Minister of Natural Resources and Environment? We posed this question to Malaysians and here are their replies:

“If I were the Minister of Natural Resources and Environment, I would ...”

“... walk more and follow our drains (or should I say rivers). There is nothing like being close to the ground to understand what needs to be done. I would also increase the price of fossil fuels and tax all petroleum-based industries (which includes plastics). This tax would be channelled to a special fund to support environment programmes nationwide.” – Dr Reza Azmi, conservation planner and founder of Wild Asia

The Tanjung Piai park in Johor shelters a lush mangrove forest. We need more such protected areas. –Pic by CHOU K.S.
“... take the lead role to ensure basic environmentalknowledge is passed on to every child. Children must be taught basic things such as the three Rs so that it becomes second nature to them. Schools must be made environmentally-friendly. They can be places where children will learn to love our planet and be responsible for it. It is at this age that they will love animals and want to protect them. I would work with the Education Minister to develop learning tools and project-based activities to keep children interested in what this planet offers us, what are its threats and how each individual, young or old, can play a role in keeping it healthy. There would be loads more that can be done.” – Lara Ariffin, producer

“... pass the death penalty for people who poach the Sumatran rhinoceros and Malayan tiger, ensure that no more forest is converted into urban areas or agricultural land, fight for more budget to improve the environment and safeguard it from further deterioration.” – Julia Ng, programme officer, Traffic South-East Asia

“... enforce rigorously the many laws which are in place, to make a difference. A trinity of anti-pollution laws combined with environmental education and strict enforcement, will ensure that society appreciates and upkeeps a pristine environment. These laws need to control hill-cutting, illegal logging, waste dumping and throwing of plastic bags out of car windows. They must also reward recycling and reuse as efficient means to avoid energy wastage which contributes to global warming. Only when the last tree is dead will we realise that money cannot be eaten.” – Dr Richard Cropp, chemical engineer

“... I’d first and foremost send my entire staff for training on basic compassion for animals. I’d fly down experts from Animals Asia Foundation (AAF), who are respected worldwide for their outstanding work in animal rescue and education, to train all my staff on the ethical treatment of animals. And, it can’t hurt for municipal council officers to attend these classes too. I’d also protect our wildlife in our rainforest, not in zoos and tourists resorts where wildlife like the orang utan is made to cycle and perform kick-boxing. You cannot create a society mature enough to recycle and use less plastic unless you deal with their hearts first. And a healthy heart comes firstly from treating those who are helpless, like this country’s animals, with care and respect.” – Shoba Mano, animal rights activist


To enjoy swimming among fishes in the sea, we must stem all marine pollution. –Pic by ANTHONY TAN / The Star"... I’d start a year-long ‘Community for Clean Air and Clean Water’ campaign whereby each community, neighbourhood, village, school or Felda scheme is given cash to commit to one thing to ensure clean air and/or clean water – complete with measurable outcomes. On top of that, the community which best achieves its goals will win a prize and be used as a model to be replicated elsewhere." – Wong Siew Lyn, writer

“... push for Environmental Education to be an official part of the school curriculum – if not as a subject by itself, then as a module or section of the Science subject. It’s good to start them young. I would also keep an eye on existing green lungs and parks to make sure they don’t get bulldozed for development, and try to set up new ones, where possible. I would also review the Environmental Impact Assessment procedures to raise the bar to make sure EIA consultants are doing a proper job and developers do not start work on a project before the EIA has been officially approved. All stakeholders and other relevant parties should be notified of a project development and invited to comment on the EIA report.” – Khor Hui Min, copywriter

“... commute by bus, train and LRT once a week, to see how bad the public transportation is and how it can be improved. I would also encourage other agencies to create more car-free zones in the city and build more cycling lanes. Not only will this lessen traffic congestion, it will lead to cleaner air and less global warming.” – Dennis Quah, college student

“... provide justifications to the Economic Planning Unit, Public Services Department and Treasury to provide more staff and resources to the Conservation and Environmental Management Division. This is the main agency co-ordinating biodiversity conservation but it has only a handful of officers. Although water and air quality are important matters and deserve attention, biodiversity conservation is a much-neglected area.
“There are overlaps between the functions of the Forestry Department, and the Wildlife and National Parks Department (Perhilitan). Forestry staff mainly enforce laws against illegal logging and pay little attention to poaching of wildlife and non-timber plants. Officers from both departments patrol the forest for different purposes. Therefore, resources are not optimised. I would instruct them to conduct joint patrols but, ultimately, I would merge the two, as is done in Sarawak.
“I would also work with the Housing and Local Government Ministry to ensure that every local council has environment and biodiversity officers. This will ensure that environmental considerations are integrated into planning and management at the local level, in the hope that projects that are detrimental to the environment are rejected early on. I would also meet the Mentri Besar and Chief Minister of every state so that Perhilitan is included in state planning committees. So far, it is usually not consulted when projects are discussed but is blamed when human-wildlife conflict occurs.” – Surin Suksuwan, conservationist

“... make flash floods a thing of the past. I would ensure that the Drainage and Irrigation Department enforces laws on stormwater management in urban areas, development sites and cleared lands. Very often, it is the water runoffs from these places that silt up our rivers and make them shallow, thus causing flash floods.” – Colin Dass, lawyer

“... make financial institutions play a bigger role in environmental conservation, and not just in terms of supporting green campaigns or wildlife research. Conservation concerns should be integrated into how banks operate. For instance, banks should scrutinise the environmental risks and liabilities, as well as social impact, of development projects before financing such schemes.” – Ridwan Mohamad, surveyor

Even as we organise tree-planting campaigns, we are clearing more forests. – Pic by MUSTAFA AHMAD / The Star“... amend the Wildlife Protection Act 1972 urgently, to embrace current needs, in light of the levels and sophistication of crimes against wildlife. It has been 35 years since this Act came into force, and amendments are long overdue. Wildlife criminals escape with minute fines compared to the contraband value of the wildlife they profit from. I would push for a new Act to address the need for greater penalties, including mandatory imprisonment, and to seal existing loopholes. It should no longer be possible for wildlife criminals to escape prosecution and punishment because of a legal inadequacy. And I would ensure that the new Act is enforced on the ground, and stretches to actual wildlife protection beyond mere paper protection.” – Loretta Ann Soosayraj, co-ordinator, Malaysian Conservation Alliance for Tigers

“... create a comprehensive and representative protected area system for the country, by requiring all states to set aside protected areas under a single system that enables on-the-ground management, and supported by the required expertise and funding. To achieve this goal, the ministry needs to firmly place the environmental agenda within the portfolio of every public sector agency. I would put a paper to cabinet to, once and for all, set up this protected area system through a single inter-agency umbrella body, possibly under the ministry itself. I would then commit resources to making this happen within five years.” – Anthony Sebastian, president, Malaysian Nature Society

“... ensure that the ministry lives up to its role as custodian of the environment. I would apply my Five Action Plans to make the ministry more effective, responsible and accountable. First, I would review the institutional set-up of the ministry to determine the responsibilities of various departments, and decide whether solid waste management comes under my purview or that of the Housing and Local Government Minister.
Second, I would review the capabilities of my staff and give them training, to ensure that they are competent.
Third, I would set up a technical advisory working group of my officers, specialists, academicians and professionals, to guide the ministry. We would meet regularly to foster greater public-private consultation. I would formulate policies only after consultation with them. It would be premature for me to implement ad-hoc policies and actions that could be counter-productive. Take for instance, the call by many to ban plastic bags. To me, it is the disposal of plastic bags that is damaging the environment, not the bags themselves. If citizens dispose of the bags carefully and insist on better landfill management to recover and recycle the bags, then perhaps we would not have a problem.
Fourth, I would set up an information centre to document all environmental problems and issues, so that we can learn from past mistakes. It will also be a resource centre for the public to enhance their environmental knowledge.
Fifth, I would set up an Environmental Crime Scene Investigation Department. Many environmental problems would be avoidable if detected early. It is the lack of diligence and monitoring that usually leads to environmental disasters.” – Ng Han Kok, mechanical engineer
-Everyone should have awareness like those people above-Earth Smile We Happy

RIO TINTO CONDUCTS EIA

Wednesday September 26, 2007

KUCHING: Rio Tinto Aluminium has appointed Chemsain Konsultant Sdn Bhd and URS Australia Pty Ltd to conduct an environmental impact assessment (EIA) study for the proposed US$2bil (RM6.9bil) aluminium smelter in Bintulu.
The EIA, which is expected to take 15 months to complete, will include studies on air quality, noise, flora and fauna, land use and social impact.
Waste management, transport, surface water and groundwater impacts would also be included in the study, Rio Tinto general manager (smelter project development) Matt Liddy said in a statement.
The proposed smelter, to be known as Sarawak Aluminium Co (Salco), is a joint venture between Rio Tinto and Cahya Mata Sarawak Bhd.
Liddy said the EIA was the first step towards ensuring all aspects of the environment were taken into account.
“Respect for the environment is a fundamental part of Salco’s approach and the study will ensure a smelter operation that uses world-class environmental management practices.
“We take these responsibilities seriously and environmental protection will be an integral part of the management of the smelter during construction and in operations,” he said.
The EIA outcome would be used to optimise the design of the smelter and to prepare environmental management plans for Salco’s construction and operation, he added.

Sarawak To Host Meeting On Environs

Friday October 12, 2007

KUCHING: An international conference on natural resources and environmental management, to be held here next month, is expected to attract 400 local and foreign participants.
Organising chairman Dr James Dawos Mamit said the latest findings on current environmental issues would be presented at the conference themed “Clean and Safe Environment”.
“Now we can use constructed wetlands for ecological sanitation but we still lack experience in this area,” he said.
The Nov 27-29 conference is organised by the state Environment and Public Health Ministry, Natural Resources and Environment Board, Institut Kimia Malaysia and Universiti Malaysia Sarawak.

Friday, October 5, 2007

Wednesday, October 3, 2007

KETATKAN UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR

TAJUK utama akhbar dan disusuli berita utama yang bertajuk ‘10 tahun baru bertindak’ hanyalah dua daripada beratus berita kegiatan jenayah alam sekitar yang didedahkan media sekian lama.

Hasilnya? Tidak pasti. Tujuan media mendedahkan isu-isu itu bukan untuk mencari salah atau mempunyai ‘agenda’ tetapi adalah untuk membuka mata semua pihak atas kegiatan itu.

Memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam: “Kalau media melaporkan sesuatu, mereka hanya memainkan tugas untuk memperjuangkan kepentingan orang ramai.”

Kegiatan tersebut jika tidak diambil peduli akan menjadi barah dan akhirnya boleh mengancam nyawa, kesihatan manusia dan alam sekitar yang kita kongsi ini.

Semua pihak, baik Jabatan Alam Sekitar (JAS), atau pihak-pihak berkuasa tempatan harus memastikan alam sekitar ini adalah agenda utama yang perlu diberi perhatian.

Sisa-sisa toksik, aluminium dan logam berbahaya yang dibuang tanpa pengawalan akan menyebabkan sistem ekologi terganggu. Ia berkait dengan sistem-sistem lain yang akhirnya mewujudkan ‘barah’ kepada keseluruhan sistem alam.

Jika ini berlaku, secanggih mana sekalipun rawatannya tidak akan berguna.

Sebenarnya, pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa toksik ini tidak ambil peduli atas apa yang berlaku di sekeliling mereka, asalkan dapat mengaut keuntungan yang banyak.

Orang seperti inilah yang perlu dihukum sekeras-kerasnya atas jenayah alam sekitar.

Sudah banyak gesaan dibuat agar undang-undang lebih keras atas jenayah ini digubal.

Jika Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi baru-baru ini mencadangkan pesalah pencemar sistem bekalan air dikenakan hukuman mati, tidak keterlaluan, jika Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar patut mengikuti langkah sama.

Telah tiba masanya, kita tidak lagi hanya bersorak dan mengambil tindakan semasa isu itu panas dan selepas itu semua pihak lupa. Isu pelupusan sisa aluminium sekarang adalah isu yang akan terus didedahkan. Tapi sampai bila?

Kita khuatir, jika berita ini didedahkan terlalu kerap ia tidak akan lagi menjadi nilai berita. Jika itu berlaku, tiada siapa lagi yang akan peduli.

Oleh itu, satu sistem pengawalan, pemantauan dan penguatkuasaan kemas dan mantap dapat dilaksanakan oleh JAS mahupun pihak lain agar sistem ekologi dan biodiversiti kita terpelihara.

Lebih penting daripada itu, ‘manusia-manusia’ yang melaksanakan tanggungjawab itu harus amanah, ikhlas, bersih dan dedikasi bagi menjamin sistem tersebut terlaksana.

Jika tidak ia akan menjadi sia-sia – seperti apa yang berlaku sekarang.

Monday, October 1, 2007

Alam sekitar: Pakar Indonesia ikuti kursus di Malaysia

JAKARTA 24 Jun - Pemerintah Indonesia akan menghantar sekumpulan hakim, pendakwa raya dan pegawai kanan polis untuk menjalani kursus penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di Malaysia mulai bulan depan.
Pembantu kepada Menteri Negara Alam Sekitar Indonesia, Effendi Sumardja berkata, langkah penghantaran adalah sebagai proses pembelajaran dalam usaha mempertingkatkan undang-undang alam sekitar di Indonesia.
Beliau berkata, pemerintah Indonesia memilih Malaysia kerana Malaysia tegas dalam soal pelaksanaan undang-undang alam sekitar sehingga mereka yang melakukan kesalahan tidak pernah terlepas daripada dihukum. ''Ini kerana dalam setiap kes, pihak berkuasa Malaysia menyertakan bukti cukup kukuh sehingga mereka yang melakukan kesalahan itu tidak mampu berdolak-dalih.''
Effendi berkata, di kalangan negara ASEAN, Indonesia dianggap paling lemah dalam bertindak terhadap mereka yang mencemarkan alam sekitar.
''Akibatnya gejala itu terus berlaku sehingga mengganggu negara ASEAN seperti peristiwa pembakaran hutan yang mengakibatkan jerebu,'' katanya.
''Sudah tiba masanya, kita benar-benar tegas dalam soal ini kerana walaupun kita mahu pembangunan tetapi ini tidak bermakna kita harus merosakkan alam sekitar sehingga menjejaskan kehidupan rakyat,'' katanya. - Utusan

Pelaporan alam sekitar syarikat belum memuaskan

KONSEP pelaporan alam sekitar mula diberikan perhatian di Rio de Janeiro ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganjurkan Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan tahun 1992. Persidangan yang mendapat julukan `Rio Earth Summit' mengesyorkan agar pelaporan dibuat setiap tahun bagi memantau kesan industri ke atas alam sekitar. Ia mendapat sambutan baik seluruh dunia dan banyak syarikat melaksanakannya termasuk segelintir di Malaysia.
Pelaporan ini menuntut industri melaporkan kesan-kesan aktiviti syarikat ke atas alam sekitar dan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya. Berdasarkan amalan industri, pelaporan ini turut dimuatkan di dalam laporan tahunan syarikat seperti yang dilakukan oleh Golden Hope Plantation Bhd. (Golden Hope). Tetapi ada juga yang mengambil inisiatif untuk menerbitkan pelaporan khas alam sekitar seperti Shell Malaysia.
Status pelaporan di Malaysia
Malaysia ketika ini tidak mewajibkan syarikat-syarikat membuat pelaporan alam sekitar dan setakat ini, tiada tumpuan dibuat ke arah pelaporan komprehensif. Berdasarkan kajian ``Keadaan Laporan Alam Sekitar Korporat di Malaysia'' yang dijalankan oleh ACCA, apa yang boleh dikaitkan dengan penggubalan undang-undang alam sekitar ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja (Occupational Safety and Health - OSH), syarat-syarat penyenaraian BSKL dan Standard Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard - MAS).
OSH meliputi soal keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja semasa di tempat kerja. Di bawah akta tersebut, Peraturan Kecil 17 menghendaki syarikat mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan soal keselamatan peribadi dan ini termasuklah sebarang situasi yang melibatkan pekerja dan alam sekitar. Peraturan Kecil 22, Pengawalan Pencemaran Utama Industri juga turut menghendaki syarikat-syarikat pembuatan memaklumkan kepada masyarakat perkara-perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri dan keadaan kemalangan yang besar meliputi kesan-kesan yang bakal timbul ke atas populasi dan juga alam sekitar.
Bursa Malaysia telah meminda syarat penyenaraian syarikat seperti termaktub di bawah Bab 9 - Pendedahan Maklumat Berterusan dan Bab 15 - Makluman Tadbir Urus Korporat. Menurut pindaan ini, walaupun syarat penyenaraian tidak menghendaki sebarang makluman alam sekitar secara terperinci, tetapi senarai ini memerlukan laporan umum untuk sebarang potensi ataupun faktor yang boleh mempengaruhi prestasi kewangan sesebuah syarikat. Ini berlainan sekali dengan Akta Syarikat 1965 yang hanya menyediakan panduan pengendalian syarikat dan tidak menuntut sebarang pelaporan alam sekitar.
MASB yang menjadi mekanisme pengawalan peraturan dan amalan perakaunan di Malaysia menggariskan dengan jelas akan keperluan pelaporan alam sekitar. Perenggan 10 MASB 1 merujuk kepada `pelaporan alam sekitar dan penyataan nilai tambahan'. Fasal ini menggalakkan syarikat melaporkan maklumat tambahan sekiranya pihak pengurusan yakin bahawa maklumat itu akan membantu pengguna membuat keputusan yang bercirikan ekonomi. Selain itu, MASB 20 merujuk kepada peraturan perakaunan dan keterbukaan maklumat yang mengambil kira soal liabiliti kontigen.
Walaupun ia tidak menyatakan secara jelas apakah jenis liabiliti yang harus dimaklumkan, namun peraturan ini menyenaraikan risiko-risiko seperti tanah yang tercemar, kos penyelenggaraan pelantar minyak dan kos memasang alat penapis asap untuk mengawal pencemaran daripada operasi syarikat.
Sambutan syarikat terhadap pelaporan
Malaysia masih lagi mengkaji keperluan mewajibkan pelaporan alam sekitar di kalangan masyarakat industri. Namun begitu, beberapa syarikat telah mula mengorak langkah memasukkan pelaporan dalam laporan tahunan syarikat.
Kajian ACCA menunjukkan bahawa jumlah syarikat yang membuat pelaporan telah meningkat daripada 25 kepada 40 buah sepanjang tahun 1999 - 2001. Jumlah ini mewakili 7.7 peratus daripada jumlah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.
Sektor industri merekodkan bilangan tertinggi pelaporan iaitu sebanyak 23 peratus, diikuti sektor perladangan 18 - 19 peratus, dan sektor barangan pengguna 15 - 19 peratus. Tiada pelaporan dibuat oleh syarikat daripada sektor perlombongan, teknologi dan perhotelan.
Separuh daripada syarikat yang membuat pelaporan tersenarai dalam 100 buah syarikat paling terkemuka di Malaysia. Bagaimanapun, pelaporan alam sekitar hanya menjadi sebahagian elemen laporan tahunan syarikat.
Dalam tahun 1999 contohnya, lebih 95 peratus daripada syarikat yang melapor telah mengehadkan pelaporan alam sekitar hanya kepada satu muka surat sahaja. Tahun 2001 menyaksikan lebih 40 peratus yang melapor memuatkan lebih daripada satu muka surat untuk maklumat alam sekitar. Secara umumnya, peningkatan ini boleh dilihat sebagai perkembangan positif yang mendedahkan kesan perindustrian kepada alam sekitar.
Terdapat juga sebilangan syarikat yang memperuntukkan segmen berasingan untuk pelaporan alam sekitar dan angka ini meningkat kepada 8 dalam tahun 2001 daripada hanya 3 syarikat dalam tahun 1999.
Secara keseluruhan, syarikat-syarikat yang melapor kebanyakannya tertumpu kepada aspek pengurusan dan pencapaian alam sekitar. Isu-isu seperti teknologi mesra ekologi, pengurusan alam sekitar, latihan, penyelidikan dan pembangunan mendapat perhatian dalam laporan yang disediakan. Hanya sebuah syarikat, iaitu Shell memberi tumpuan terhadap pembangunan mapan iaitu meminimumkan impak alam sekitar.
Terdapat dua faktor yang menggalakkan syarikat-syarikat ini membuat pelaporan alam sekitar. Pertamanya, tadbir urus korporat dan keduanya perkembangan teknologi komunikasi dan informasi (ICT).
Peningkatan mutu tadbir urus korporat mampu mengukuhkan lagi hubungan syarikat dengan pemegang-pemegang amanah harta. Pelaporan alam sekitar juga boleh menarik dan mengekalkan warga kerja yang berbakat dan berkualiti.
Perkembangan ICT memudahkan pelaporan kerana ia membantu usaha pengumpulan, menganalisis dan menerbitkan maklumat yang berkaitan dengan alam sekitar, sama ada dalam bentuk media cetak ataupun elektronik. Antara syarikat-syarikat yang menggunakan laman web sebagai alat penyebaran pelaporan ialah Golden Hope, Puncak Niaga Bhd. dan Tenaga Nasional Bhd.
Walaupun kedua faktor ini cukup besar untuk menggesa syarikat menyediakan pelaporan alam sekitar, namun hanya segelintir sahaja yang kelihatan bersungguh. Sememangnya, hakikat hanya 7.7 peratus daripada keseluruhan syarikat tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia menyediakan pelaporan amat menyedihkan. Kelembapan syarikat untuk memberi reaksi positif terhadap pelaporan sebahagiannya berpunca daripada ketiadaan perundangan yang mewajibkan pelaporan ke atas syarikat. Selain itu, pelaporan alam sekitar merupakan fenomena baru di mana perkembangannya masih lagi terhad.
* Artikel ini disediakan dengan kerjasama Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Kajian EIA tentukan projek insinerator

CYBERJAYA 11 April - Kedudukan projek insinerator pertama Malaysia di Broga, Semenyih, kini bergantung pada laporan hasil Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini.
``DOE (Jabatan Alam Sekitar) mesti puas hati mengikuti semua peraturan, undang-undang alam sekitar, kemudian keputusan, hasil siasatan EIA akan menentukan sama ada projek itu boleh dilaksanakan atau tidak,'' kata beliau.
``Kerajaan akan melulusan projek RM1.5 bilion itu dengan syarat EIA dipatuhi dengan ketat,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Kemasyarakatan Rumah Bijak Cyberia bernilai RM5 juta dan penyerahan kunci kepada 10 pembeli unit kondominium, di situ.
Ong diminta mengulas tentang bantahan baru penduduk Broga dan kawasan berhampiran yang menyerahkan petisyen mengandungi 1,077 tandatangan ke ibu pejabat JAS di Putrajaya semalam melahirkan kebimbangan mereka berhubung kawasan longgokan sampah di kawasan tadahan air.
Tahun lalu, penduduk berkenaan membuat aduan polis mengenai cadangan membina insinerator bagi tujuan pelupusan sampah.
Ong berkata jika projek itu dibuktikan tidak selamat dari segi alam sekitar oleh DOE, kerajaan tidak akan membenarkan pembinaannya.
Kerajaan, katanya, tidak akan bertolak ansur dalam hal keperluan alam sekitar dan piawaian alam sekitar antarabangsa yang lain.
Beliau percaya laporan EIA akan siap sedikit masa lagi.
Insinerator itu pada awalnya dirancang dibina di Kampung Bohol, Puchong, tetapi selepas bantahan penduduk, ia dipindahkan ke Broga.
Terletak di kawsan seluas 265 hektar, insinerator itu dijangka mula beroperasi pada 2007 dan akan dapat mengendalikan 1,500 tan metrik bahan buangan sehari. - Bernama

Pembangunan lebih 50 hektar wajib dapat kelulusan EIA

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Setiap pembangunan di kawasan melebihi 50 hektar, pihak pemaju diwajibkan mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum memulakan sebarang aktiviti pembangunan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sazmi Miah berkata, dalam kes di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, JAS mendapati pemaju terbabit tidak mempunyai kelulusan EIA.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini, beliau bagaimanapun berkata:
``Berkemungkinan pembangunan di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam telah dipecahkan kepada blok-blok kecil yang kurang daripada 50 hektar bagi mengelakkan prosedur EIA.
``Keadaan ini menyebabkan pembangunan berangkai telah berlaku di kawasan seluas 1,200 hektar tersebut dan ia akan membawa kepada kemusnahan alam sekitar yang tidak terkawal,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang mendedahkan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam kini menghadapi kemusnahan ekologi setelah dihimpit pembangunan di sekelilingnya.
Taman Pertanian yang diwujudkan pada tahun 1986 itu hampir menjadi pulau kerana rata-rata garis sempadan kawasan tersebut sedang dibangunkan sebagai kawasan penempatan.
Menurut Sazmi, menerusi EIA, pihak beliau akan dapat mengkaji sama ada kawasan-kawasan hutan yang hendak dibangunkan akan dapat berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
``Kelulusan bagi pembangunan di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam adalah di luar kawalan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana ia diwartakan di bawah Hutan Simpan Negeri Selangor.
``Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kuasa bagi mengubah status mana-mana hutan simpan di Selangor untuk digazet sebagai kawasan pembangunan,'' katanya.
Kata Sazmi, beliau menyarankan undang-undang alam sekitar dipinda semula bagi membolehkan EIA dilakukan secara menyeluruh dan tidak terhadap kepada kawasan melebihi 50 hektar sahaja supaya pembangunan secara besar-besaran di setiap negeri dapat dipantau oleh kementeriannya.
``Dari segi ekologi, tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan untuk memulihkan semula Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam kerana pembangunan yang berlaku telah memusnahkan keseimbangan alam sekitar kawasan tersebut,'' katanya.